Thursday 17 November 2011

Online biz ku yang lemau ...

Wow!!! Congratulations to squad Harimau Muda .. Aaaauuummm !!!!
Proud to be Malaysian.. Tahniah bermain mati-matian untuk negara...

Sebenarnya aku rasa nak cerita pasal senario business online sekarang nie..

Aku ingat lagi dulu aku start business online mula tahun 2002 .. Masa tu nak meniaga online ramai lagi yang tak percaya.. Sedangkan kita sendiri pun macam x percaya nak beli online.
Tapi aku beranikan diri, apatah lagi aku sendiri masa tu ada kat China..syurga beli belah... aku fikir why not aku cuba cari benda yg lain dari yang lain dan jugal kat Malaysia..
Alhamdulilah sesangat... Konon-konon berjaya.  Semua barang aku cuba niagakan..
Dari kain sutera, handbag, sourvenir dan macam2 lagi..sampai satu masa aku decide nak concentrate pada satu products sahaja iaitu toys dan baju2 branded budak2... Yelah, kadang2 kita as a parents mmg berhabis duit semata2 untuk anak2 kan..

Sejak 2002 sampaila 2009, business online aku boleh dikatakan kencang jugak.. tapi sekarang nak dapatkan RM 10 sehari pun susah .. apatah lagi nak tampung sikit2 untuk perbelanjaan bulanan.  Duit modal banyak habis ... 
Macam2 usaha dah buat.. berniaga forum (x laku .. WMC dah x laku), website ( x memberangsangkan), FB (bolehla sikit2), blog lagi lah (uwwwaaa!!!) ... skrg pun advertise barang kat MUDAH.. pun susah nak jalan..
tapi bila aku pegi ke Pejabat Pos, tengok orang lain best je post banyak barang ... teringat pulak zaman kegemilangan aku dulu.. cewaaahhh...

Sekarang, mmg aku cadang nak jual lelong je stok2 yang ada kat rumah nie.. malas dah nak simpan.. ingat biarlah kali ni nak cuba pulak berniaga offline..  Ya Allah ya Tuhanku.. ku mohon dimurahkan rezeki ku sekeluarga ..
Apa kata peniaga online yang lain??? 

No comments:

Post a Comment